Selamat Datang & Terima Kasih kerana melawat blog saya!

Thursday 28 March 2013

CARA - CARA MENETAPKAN ARAH KIBLAT


Info Cara Menetapkan Arah Kiblat:
Sudah semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia. Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.
kiblat3
Kedudukan kiblat yang menjadi tumpuan umat Islam dunia
Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.  Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.
Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
kiblat1Semakan arah kiblat perlu dibuat dua kali setahun jika berpandukan matahari
Beginilah antara kaedah menentukan arah kiblat :
Dengan kepesatan teknologi, perkara tersilap arah kiblat tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.  Tambahan pula, penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.
Masalah ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
kiblat2
Perbincangan yang teliti perlu dibuat dalam menentukan arah kiblat
kiblat4
Menggunakan peralatan khas untuk pengiraan tepat arah kiblat
Dalam pada itu,  muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru. Kini, terdapat dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.  Peralatan ini sering digunakan  untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau manakala orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.
kiblat5
Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.
1. Pacakkan kayu atau apa-apa sahaja yang berfizikal lurus di bawah cahaya matahari yang tidak terlindung dan perhatikan bayang objek itu.
Oleh kerana matahari akan terbenam di sebelah barat, maka bayang-bayang kayu tersebut akan menghala ke sebelah timur.
2. Tunggu sehingga jam 5.28 petang.  Apabila tepat jam 5.28 petang, lihatlah jarak dari timur bayang-bayang ke arah pangkal kayu. Jarak itulah dikira sebagai arah kiblat yang betul.
Apakah Ilmu Falak Sebenarnya?
Falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu  :
  • Falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.
  • Falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari.
  • Falak penentuan arah kiblat.
Ilmu falak ini amat penting diketahui oleh umat Islam kerana signifikannya sangat relevan dengan kemajuan ummah di seluruh dunia. Ketamadunan dunia dibina oleh banyak cabang ilmu dan salah satunya ialah ilmu falak ini. Malah, ilmu falak juga membantu memantapkan ibadah dan amalan kita juga.
Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati. Fikirkanlah sejenak…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...