Selamat Datang & Terima Kasih kerana melawat blog saya!

Thursday, 28 March 2013

CARA - CARA MENETAPKAN ARAH KIBLAT


Info Cara Menetapkan Arah Kiblat:
Sudah semestinya umat Islam perlu menghadap Kaabah yang menjadi kiblat apabila mendirikan solat dan ketika dikebumikan selepas meninggal dunia. Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.
kiblat3
Kedudukan kiblat yang menjadi tumpuan umat Islam dunia
Bagaimanapun, kekurangan orang Islam yang benar-benar memahami ilmu falak ketika ini menimbulkan persoalan bagaimana untuk menentukan arah kiblat dengan tepat.  Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.
Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
kiblat1Semakan arah kiblat perlu dibuat dua kali setahun jika berpandukan matahari
Beginilah antara kaedah menentukan arah kiblat :
Dengan kepesatan teknologi, perkara tersilap arah kiblat tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.  Tambahan pula, penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.
Masalah ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
kiblat2
Perbincangan yang teliti perlu dibuat dalam menentukan arah kiblat
kiblat4
Menggunakan peralatan khas untuk pengiraan tepat arah kiblat
Dalam pada itu,  muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru. Kini, terdapat dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.  Peralatan ini sering digunakan  untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau manakala orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.
kiblat5
Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.
1. Pacakkan kayu atau apa-apa sahaja yang berfizikal lurus di bawah cahaya matahari yang tidak terlindung dan perhatikan bayang objek itu.
Oleh kerana matahari akan terbenam di sebelah barat, maka bayang-bayang kayu tersebut akan menghala ke sebelah timur.
2. Tunggu sehingga jam 5.28 petang.  Apabila tepat jam 5.28 petang, lihatlah jarak dari timur bayang-bayang ke arah pangkal kayu. Jarak itulah dikira sebagai arah kiblat yang betul.
Apakah Ilmu Falak Sebenarnya?
Falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu  :
  • Falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.
  • Falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari.
  • Falak penentuan arah kiblat.
Ilmu falak ini amat penting diketahui oleh umat Islam kerana signifikannya sangat relevan dengan kemajuan ummah di seluruh dunia. Ketamadunan dunia dibina oleh banyak cabang ilmu dan salah satunya ialah ilmu falak ini. Malah, ilmu falak juga membantu memantapkan ibadah dan amalan kita juga.
Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati. Fikirkanlah sejenak…

Wednesday, 26 December 2012

Mari lah cuba hidangan istemewa ini bersama orang ynag tersayang!!!



 American Lobster Ala Portuguese



Bahan-bahan :
1 ekor American Lobster (berat dalam 700 - 1000 gram)
2 - 3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 - 6 tangkai cili kering (bergantung kepada tahap kepedasan yang dikehendaki)
1 inci halia
1 kiub pati ayam
1 batang serai di hiris 4
garam secukup rasa
daun limau purut
daun kesum
aluminium foil

Cara-cara memasak :
1. Blend kesemua bawang besar, bawang putih, cili kering, halia dan juga garam sehingga lumat.
2. Tumiskan bahan-bahan yang diblender tadi bersama serai sehingga benar-benar garing. Kemudian tuangkan 1/4 cawan air dan biarkan ia mendidih. Kacau sehingga pekat.
3. Potong aluminium foil sehingga boleh memuatkan lobster di dalamnya. Kemudian tuangkan bahan-bahan yang ditumis tadi ke sekeliling lobster. Masukkan juga sedikit sambal dan 1 kiub pati ayam sebagai penambah perisa. Koyakkan daun limau purut / daun kesum dan taburkan ke atas lobster.
4. Boleh juga ditambah bendi sekiranya mahu.
5. Tutup dan bungkus kesemua bahan-bahan tadi di dalam aluminium foil.
6. Stimkan lobster selama 30 minit.
7. American Lobster siap sedia untuk dihidang.
8. Nimatilah lobster bersama orang tersayang ! :D

Thursday, 3 May 2012

Technical Department BBQ Pit (502 SQN)

Rabu, 02 Mei - bertempat di Pantai Peranginan Teluk Batik, Lumut, Perak...Aktiviti Santai Technical Department pada tahun ini telah berjaya dijalankan....Objektif nya untuk Santai dan menghilangkan tekanan kerja sambil bersukan dan makan-makan (release tension) lebih kurang gitulah ......semoga anggota-anggota teknikal pada tahun ini akan lebih ceria, sihat dan bersemangat,..... Team work bertambah mantap....OP Fajar tetap pergi jangan tak pergi....itu pengalaman hidup...biasa lah....
kalau dapat selalu macam ni kan bagus...tak ada muka tension aje.....boleh lah senyum selalu..tapi jangan lupa QA punya program kena ikut. nanti QA manager ikut buntut....

Cepatlah sikit masok tu yop ....dah lapor ni....kekawan tengah bakar daging kambingni...mesti sedap punya....ayam, udang dan sosage pon ada. Jangan lupa PO Nezaam pon ada sponsor tau....Terima Kaseh bebanyak pada yang baru pakai pangkat....murah rezeki....amin....allahamdulillah dapat makan free...

Nii...AEO tengah bagi ucapan ke, tengah MARAH kita orangni....!!!!!, jangan marah .....nanti kena jual......apasal bajet lari ke? ...dengar jangan tak dengar BOSS bagi penerangan....kalo sape ade bajet lebih boleh tolong sponsor....macam kawan kite yang ade bisnes tu....mana cikgu besar AVIONOK???...
Jangan tengok saje bros, tolong lah.. orang lain pon nak makan jugak.....ha...tengok Basha ni, rajinlah dia, anak sapa ntah????

Baru nak bakar arang hhmmm lambat lagi lah bro...........

Hai ada juga yang ambil kesempatan,....tapi bagus juga sambil santai serta raidah kita campur sikit dengan bisnes....boleh buat duit$$$$$$. Kreatif sungguhlah cikgu kita ni....Bang..boleh hutang ke???? kalau boleh tlong masuk buku 555...

Ini demo...aje...belum betul2 punya...nanti kita buat sesi pemilihan, sementara tu tunjukkan bakat dan skil yang ada...kita tak pilih kasih kita pilih bulu saja.....
Apa lagi bos mana bolanya, sangkut atas pokok ke!!!!?? panjat leh....takkan nak tengok saja bossss...

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba jom...moh kita makan teman dah lapor ni...mari lah yop...layan diri...

Hari Ulang Tahun TLDM ke 78




Sumber:
www.navy.mil.my



Lumut, 27 Apr- Panglima Tentera Laut, Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar telah menyempurnakan pengambilan tabik hormat Perbarisan Istiadat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke- 78 bertempat di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut Perak. Sambutan Hari TLDM pada kali ini adalah bertemakan ‘Warga Berinovasi, Menjana Transformasi’.


Perbarisan ini melibatkan 4 panji-panji yang telah dianugerahkan kepada KD PELANDOK, KD MALAYA, KD PANGLIMA HITAM dan KD RAJAWALI serta 8 kontinjen terdiri daripada 88 orang pegawai dan 569 orang anggota lain-lain pangkat dan diiringi olah Pancaragam Pusat TLDM.

Perbarisan ini diketuai oleh Komander Rosli bin Mokri TLDM dari Markas Bantuan selaku Ketua Perbarisan. Beliau dibantu oleh Leftenan Komander Mohd Faizal bin Mahmood TLDM dari KD PANGLIMA HITAM selaku Penolong Pegawai Perbarisan dan Leftenan Ahmad Zaini bin Abdul Ghani TLDM selaku Pegawai Medan. Sementara Pegawai Waren Perbarisan pada kali ini ialah, Pegawai Waren 1 TLR Roslan bin Deraman.


Dalam perbarisan pagi ini, Panglima Tentera Laut turut menyempurnakan Penyampaian anugerah dan cenderamata kepada pemenang-pemenang anugerah seperti berikut:

a. Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut yang merupakan anugerah diberikan kepada pegawai atau anggota LLP serta unit/kapal dalam TLDM yang telah menyumbang bakti dan mengharumkan nama TLDM di peringkat negara. Penerima anugerah pada kali ini ialah:
(Kapal)

- KD MAHAWANGSA

- KD JEBAT

- KD LEKIU

- KD KELANTAN

- KD LEKIR

(Pegawai)

- Kepten Jamel bin Abd Rahman TLDM, Pegawai Memerintah KD Mahawangsa.


- Leftenan Komander Mohamad Sham bin Saimon TLDM, Juruterbang Operasi Pesawat Super Lynx MK 100 dari Skuadron 501.

- Leftenan Komander Fairul bin Mohd Shukor TLDM, Juruterbang Operasi Pesawat Super Lynx MK 100 dari Skuadron 501.

b. Anugerah Bintara Terbaik TLDM 2011 – 824862 Bintara Muda JTP Mohd Aidil bin Othman dari KD LAKSAMANA HANG NADIM.

c. Anugerah Laskar Terbaik TLDM 2011 – 830827 Laskar Kelas 1 PLM Khairul Amin bin Ahmad Fadzil dari Markas Wilayah Laut 1.

d. Pemenang Piala Agong, Kapal Diraja Lekiu – Piala ini dianugerahkan oleh Seri Paduka baginda Yang Di Pertuan Agong kepada kapal yang mencapai tahap pengoperasian tertinggi setiap tahun.

e. Pemenang Piala Gonzales, Kapal Diraja Perantau – Piala ini dianugerahkan oleh mantan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Ahmad Ghazali bin Mohd Seth kepada kapal yang memperolehi markah tertinggi dalam audit pemeriksaan tahunan.

Pemenang Piala Pujian Panglima Tentera Laut, Kapal Diraja Lekiu – Piala ini dianugerahkan setiap tahun kepada kapal yang memperolehi markah tertinggi dalam sistem persenjataan dan kawalan pada tahun tersebut.

Pemenang esei Terbaik TLDM – Lt Kdr Faizal bin Hamzah dari KD Sultan Idris 1 esei yang bertajuk China Rising Power In South China Sea.

Selain Istiadat Perbarisan yang berlangsung pada pagi ini yang merupakan acara kemuncak Sambutan Hari TLDM yang ke-78, pelbagai program dan aktiviti lain telah dilaksanakan oleh TLDM bagi menyemarakkan sambutan pada tahun ini di seluruh Pangkalan TLDM di antaranya:

a. Projek Jiwa Murni ‛Bersamamu TV3’.

b. Projek Jiwa Murni.

c. Program Bersama Media.

d. Program Derma Darah.

f. Majlis Meraikan Anak-Anak Yatim di KD MAHAWANGSA.

h. Perbarisan Hari TLDM.

i. Hari Terbuka Pangkalan dan Kapal Dibuka Untuk Lawatam Umum.

- Pangkalan TLDM, Lumut: 27 & 28 Apr 2012 (Jumaat & Sabtu)

- MAWILLA 1: Majlis Resepsi Kapal (28 Apr 12, Sabtu).

- MAWILLA 3: Majlis Resepsi Kapal (27 Apr 12, Jumaat).

j. Bacaan Yassin dan Tahlil. Karnival Halal di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

l. Lawatan ke 96 HAT LUMUT.

m. Khutbah Khas Hari TLDM.

n. Majlis Meraikan Balu-Balu TLDM.

o. Majlis Merasmikan Kompleks Memanah.

p. Lawatan ke PPDK dan Perasmian Kolam Hidroterapi.

q. Majlis Perasmian Blok H.

r. Pelancaran Walkathon Srikandi Nusa Malaysia.














Tema sambutan kali ini ‘Warga Berinovasi Menjana Transformasi’ adalah sejajar dengan usaha TLDM untuk melaksanakan di dalam TLDM melalui pembudayaan inovasi. TLDM sebagai sebuah organisasi yang kompetitif, perlu melaksanakan penambahbaikan secara berterusan dalam segala aspek pemantapan keupayaan organisasi. Penerapan budaya inovasi di kalangan warga amat penting dalam menghasilkan warga yang berfikiran kreatif serta mampu menjana idea-idea yang akan memberi impak positif kepada TLDM serta mampu meningkatkan lagi tahap kualiti dan keberhasilan yang dihasratkan ke arah menjadi sebuah Angkatan Laut Bertaraf Dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...